Cara-cara Untuk Mengurangkan Tekanan Melalui Kaedah Aromaterapi

Mulakan Terapi SPA Anda Di rumah 

5 cara mudah yang anda boleh lakukannya di rumah :

SUTRA Aromatherapy Massage Oil (Minyak Urutan Aromaterapi SUTRA) sesuai untuk seisi keluarga.

 i- Urutan Badan Dengan Aromaterapi

Sebenarnya pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengurangkan tekanan. Ada yang melakukannya dengan beriadah bersama keluarga, bersenam, mengunjungi spa dan cara yang paling senang dan cepat ialah berurut.
Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal malah minda dan jiwa individu.Urutan jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh menurunkan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan aliran darah, merehatkan otot-otot dan sebagainya.
Kaedah urutan membabitkan manipulasi struktur tisu lembut badan secara manual bagi menghilangkan ketidakselesaan, pengecutan otot dan tekanan serta meredakan kesakitan. Urutan juga turut merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Wanita amat mudah mengalami tekanan dan bahagian tubuh yang sering menerima kesan ialah leher, bahu dan kepala. Ketiga-tiga bahagian ini berkait rapat. Justeru, apabila ‘stress’ kepala akan turut sakit.

Leher dan bahu akan tegang. Jika kita memicit bahagian ini akan terasa seperti ada benjolan menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar sekali gus menyebabkan timbulnya migrain dan insomnia.
Tekanan dan ketegangan badan banyak bergantung kepada pergerakan anggota itu sendiri. Jika sebelah kiri banyak bergerak, maka bahagian kiri yang banyak mengalami ketegangan.
Jika kita sentuh bahagian yang mengalami ketegangan itu, kita akan berasa keras. Jadi untuk melembutkannya urutan ringan perlu dilakukan. Sebaik-baiknya kita mengurut seminggu sekali bagi mengelakkan penyakit seperti insomnia dan keletihan.
Bagi memudahkan urutan dilakukan, minyak aromaterapi disaran digunakan kerana berupaya merehatkan minda. Jadi sambil meredakan ketegangan anggota badan, minda juga segar.

ii- Rendaman Kaki 

Rendam kaki anda ke dalam air suam dan campurkan di natara 6 – 8 titis minyak pati/campuran SUTRA kesukaan anda dan rendam selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air sejuk
JIka kulit anda begitu sensitif, sila gunakan Massage Oil Sutra sebanyak 3 penutup penuh

iii – Mandian Hidroterapi 

Hidroterapi merupakan satu teknik mandian yang dilengkapi dengan system gelombang ultrasonic dan ozon. Gelombang ultrasonic ini dihasilkan oleh pam hidroterapi yang dipasang bersama. Apabila gelombang ultrasonic ini dipamkan ke dalam tab mandian maka buih ultrasonic terbentuk. Buih ultrasonic inilah yang menjadi penyumbang utama kepada keberkesanan mandian hidroterapi.

iv – Penggunaan Lilin 

V – Terapi Wap/Pengewapan 

Wujudkan suasana dan persekitaran rumah yang bersih, aman dan damai dengan haruman Aromaterapi SUTRA.

 

-kredit 

Mengapa memilih produk aromaterapi Sutra?

Mengapa SUTRA ?

Keperluan Memiliki Produk Aromaterapi SUTRA 

 

1. Boleh dijadikan hantaran perkahwinan

Mencari hadiah hantaran perkahwinan? SUTRA dapat membantu anda…

Lengkap dengan Pakej Produk yang bersesuaian.. SUTRA SENSUAL SET, SUTRA TROPICAL SCENT SET dan lain-lain dengan bauan menyegarkan yang pasti memberi kenangan manis kepada pasangan raja sehari.

 

2.Untuk kecantikan wanita.

Kecantikan adalah asas keutamaan seorang wanita. Kecantikan luaran pada zahirnya dapat dilihat dengan mata kasar, namun kecantikan dalaman juga penting.

Kerana itu, kami berpendapat dengan bauan aromaterapi kami melalui kombinasi-kombinasi aroma menyegarkan ia pasti dapat membantu tubuh memelihara kecantikan dalaman dengan sempurna. Tidak semua orang dapat mengekalkan kecantikan luarannya tetapi kecantikan dalaman dapat dikekalkan dengan mengimbangi minda, emosi dan fikiran supaya kecantikan luaran tidak terjejas.

 

3.Halal.

Mencari produk aromaterapi yang halal?

Sekarang ini, tidak ramai usahawan bumiputra yang terlibat dalam bidang aromaterapi malah sehingga ke hari ini golongan muslim tercari-cari produk aromaterapi yang halal untuk digunakan. Sebab itu, peratusan golongan muslim menggunakan aromaterapi adalah sangat kurang.

Justeru itu kami mengambil inisiatif memperkenalkan produk aromaterapi yang halal hasil keluaran pengusaha bumiputra iaitu Encik Khairil yang telah terlibat dalam bidang aromaterapi.

 

4.Aromaterapi sebagai alternatif perubatan moden

Tidak ramai yang tahu dan sedar bahawa aromaterapi itu juga dijadikan salah satu alternatif perubatan moden bagi doktor-doktor malah bomoh serta orang-perseorangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Bauan aromaterapi itu secara halus pasti memberikan ketenangan kepada si pemakai sekaligus mengimbangi hormonnya dan meredakan kesakitan yang dialaminya. Sebab itu kebanyakan doktor menggunakan aromaterapi sekiranya tidak dapat menyembuhkan sesuatu penyakit malah ada yang menggunakan aromaterapi beserta dengan ubat-ubatan dengan presipksi yang betul untuk mempercepatkan penyembuhan penyakit itu.

 

5.Sutra sebagai hamper atau hadiah kepada orang yang tersayang

Kami turut mempromosikan set ini sebagai hamper atau hadiah yang anda boleh berikan kepada orang kesayangan anda. Pasti dia akan lebih menghargai anda dengan alternatif anda menghadiahinya produk aromaterapi.

 

produk aromaterapi untuk berbulan madu

 

6. Set Lengkap untuk semua

Aromaterapi keluaran kami didatangi dengan set yang lengkap untuk semua. Tidak ramai pengeluar aromaterapi mengambil alternatif ini dengan mengeluarkan set-set untuk aromaterapi seperti kami. Sebab itu kami menawarkan set-set tertentu untuk golongan-golongan tertentu yang mencakupi semua golongan.

Misalnya SUTRA BEAUTY SET disarankan kepada yang inginkan kecantikan,

SUTRA SENSUAL SET disarankan kepada pasangan berkahwin yang ingin suasana romantis di kamar,

SUTRA FAMILY SET sebagai pakej lengkap untuk sebuah keluarga dan sebagainya.

 

produk aromaterapi untuk hantaran kahwin
Sutra Sensual Set